Latar Belakang

Ditubuhkan dengan resmi pada 7hb Ogos 1940 atas nama Syarikat Bekerjasama-sama Kebajikan Am Pekan Rabu Alor Setar Berhad. Bilangan anggota pada 31hb. Disember 2010 seramai 1083 orang. Keanggotaan adalah terbuka kepada orang Melayu yang berniaga dan tinggal didalam daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman. Setiap anggota perlu mempunyai modal saham sekurang-kurangnya RM200.00 untuk berfungsi dan layak hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan (MAT).

Pengurusan Koperasi dikendalikan oleh 15 orang Anggota Lembaga Pengarah yang dipilih didalam Mesyuarat Agung Tahunan dan dibantu oleh kakitangan tetap yang diketuai oleh seorang Pegawai Eksekutif.

Anggota Lembaga Pengarah yang dilantik akan berkhidmat selama tiga tahun dan perlu dipilh semula didalam Mesyuarat Agung untuk penggal seterusnya. Jawatan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari adalah dipilih dikalangan Anggota Lembaga dalam Mesyuarat Lembaga yang pertama selepas mesyuarat agung. Peraturan ini adalah terkandung didalam Undang-Undang Kecil Koperasi dan tertakluk kepada Akta Koperasi 1993 (dikenali juga sebagai Akta 502) pindaan 2007, serta Peraturan-Peraturan Koperasi 1995 yang berkuatkuasa dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Lembaga Pengarah juga sebagai Lembaga Pengelola yang mentadbir Koperasi telah menubuhkan Jawatankuasa kecil bagi melicinkan perjalanan pengurusan koperasi dari masa kesemasa mengikut keperluan.

Kompleks Pekan Rabu

Kompleks Perniagaan Pekan Rabu diurus tadbir oleh Pengurusan Koperasi Pekan Rabu Alor Setar Berhad. Gerai-gerai yang terdapat didalam Kompleks Pekan Rabu disewakan kepada ahli untuk menjalankan perniagaan berbagai jenis produk dan barangan tradisional seperti tepak sirih, lesung batu, parang dan pisau, tudung, bakul dan juga barangan seperti barangan plastik, pakaian, barangan keperluan haji dan umrah dsb.


 

 

 ANGGOTA LEMBAGA PENGARAH
KOPERASI PEKAN RABU ALOR SETAR BHD.
bagi sesi 2014/2015

 

Yang DiPertua :

YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman

Urusetia Koperasi

Pengerusi :  Lt Kol (B) Lutfi bin Hj Mohamad Ghazi

Setiausaha :  En. Abd Hamid bin Mohamad

Bendahari :  Hj. Sjafii bin Nawawi

Ahli Jawatankuasa :

Hj. Azmi bin Shahab

Hj. Mohd Jalaluddin bin Md Noor

Hj. Wan Pariduddin bin Wan Ibrahim

Hj. Mohd Hatta bin Haji Ali

Hj. Abd Kadir bin Yaakob

Hj. Mohamad bin Yahya

En. Nazri bin Serat

En. Ahmad Razali bin Shah Ridzuan

En. Ahmad Helmi bin Ismail

En. Ahmad Zelani bin Ibrahim

 

Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD)

Hj Mohd Fadzil bin Ahmad - Pengerusi

Ahmad Haris bin Abd Kadir - Setiausaha

En. Abd Kadir bin Hashim - AJK

Alamat Pejabat :-

Koperasi Pekan Rabu,
Tingkat 3, Pekan Rabu @ Ukir Mall
Jalan Sultan Badlishah,
05000 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

No. Telefon :

Pejabat Am :  Tel / Faks :   04-7335929

Pejabat Operasi :  04-7355523

Pengurus :   IZAHAR BN IBRAHIM

04-7313846 (talian terus)
 

Laman Web :

http://www.pekanrabu.com.my


Pengurusan | Menu Utama

Tarikh kemaskini : 29-Mar-2015
Hantarkan komen dan cadangan anda kepada webmaster@pekanrabu.com.my